Monday, November 14, 2011

.: Prinsip Pendahaga Hikmah (1) :.

بسم الله الرحمان الرحيم

Entri aku pada kali ini ialah berkenaan prinsip yang perlu ada bagi seorang pendahaga hikmah. siapakah itu pendahaga hikmah? sebelum itu, cuba renungi hadith nabi kita sayyidina Muhammad S.A.W yang bermaksud :

“Alhikmatul dholllatul mukminin.. haithuma wajadaha fahua ahaq’qubiha”

“Hikmah itu adalah barang tinggalan milik orang mukmin, siapa sahaja yang menemuinya, maka dialah yang lebih berhak keatasnya.”

Jika begitulah hadith nabi, maka amat perlulah bagi kita umat Islam untuk cuba mencari hikmah yang hilang dari kita umat Islam. Sahabat aku ada berkata :

Ilmu itu ibarat barang tinggalan ummat islam yang tercicir…. Dimana sahaja kamu menjumpainya… maka kamu ambillah.., kamu kutiplah.. dan kamu galillah ia…!!

Disini aku bukannya ingin menghuraikan maksud hadith tersebut, sungguhpun ku tidak mampu untuk menghuraikannya kerana ketandusan ilmu. Namun aku ingin berkongsi mengenai apakah prinsip-prinsip yang perlu ada bagi seorang pencari ilmu. sebelum itu ketahuilah bahawa ilmu itu dapat diperolehi dengan beberapa jalan dan antaranya ialah mendengar dan pengalaman. ya betul, banyak lagi sumber-sumber ilmu yang lain namun disini aku hanya ingin menghuraikan berkenaan dua perkara ini sahaja; mendengar dan pengalaman.

Mendengar orang berkata-kata samada berhujah, memotivasi, mengajar, menerang dan sebagainya ialah antara  perkara yang kita akan memperolehi ilmu melalui mendengar. namun sejauh manakah kesudian kita untuk menjadikan telinga kita sebagai medium untuk kita mendapat ilmu? mmm.. ok.. x perlu jawab.. just asking.. aku pasti kita semua pernah mendengar kata-kata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah yang berbunyi:

"Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan"
Inilah yang dikatakan prinsip; prinsip mendengar yang perlu ada bagi seorang pendahaga hikmah ilmu. realiti hari ini ialah kita lebih melihat kepada kata-kata sesiapa yang ada sijil sahaja yang layak masuk ke gegendang telinga kita bahkan sesetengahnya terus taksub kepada apa yang disebut oleh pemilik sijil tersebut tanpa menilainya dari pelbagai sudut. Jika demikian, dimanakah prinsip kita dalam mencari hikmah ilmu? dan jika begitulah sikap kita dalam belajar jangankan hikmah, ilmu pun belum tentu akan kita akan peroleh. Ramai antara kita yang belajar, namun kadang-kadang ilmu itu tidak melekat. yelah, macam mana nak melekat kalau awal-awal lagi kita sudah letak 'barrier' dalam kepala kita dalam mencari ilmu. ilmu awal-awal lagi sudah tersekat pada 'barrier' tersebut, sebab itulah tiada satu pun yang melekat pada kita, maka jadilah kita orang-orang yang rugi. sepatutnya kita 'absorb' dahulu sebanyak mampu kemudian nilailah ia dengan ilmu bukan dengan ego. setakat ini sahaja diskusi aku pada prinsip mendengar bagi seorang pencari hikmah ilmu. i/Allah aku akan sambung pula berkenaan perkongsian pengalaman bagi seorang pelajar mahupun pengajar. Wallahu'alam.

Thursday, November 3, 2011

.: Stay Strong :.

Ya Allah.. aku dlm kesempitan masalah...
air mata da tumpah..tp ap blh buat..
hidup perlu diteruskan..
alangkah beruntungnya jika pemimpin seperti umar abd aziz masih ade..
msyuk_kree..STAY STRONG..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...