Saturday, July 30, 2011

Khatam An-Nubuwwah

Khatam An-Nubuwwah (The seal of the Prophet)

Ini adalah contoh - Khataman an-Nubuwwah yang terdapat pada belikat Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam.
Maksud hadith dari riwayat al-Tirmidzhi radhiAllahu 'anhu:
"Barang siapa yang berwudhuk dan melihat kepadanya akan mendapat keberkatan seperti berikut:
  1. Pada waktu Subuh, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga waktu Maghrib.
  2. Pada waktu Maghrib, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga waktu Subuh.
  3. Pada awal bulan, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga akhir bulan.
  4. Pada awal tahun, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga akhir tahun.
  5. Pada awal perjalanan, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga akhir perjalanan.
  6. Jika ia meninggal dunia pada tahun itu, ia akan disuratkan - Mati dalam iman,
  7. Sesiapa yang melihat kepadanya dengan penuh rasa kasih dan Iman, dalam usianya sekali sahaja, Allah s.w.t. akan memelihara ia dari semua perkara yang ia benci (mungkar) sehingga ia meninggal dunia.
Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad serta ahli keluarganya dan sahabatnya.
______________________________________________________
Rujukan : Asy-Syamail Al-Muhammadiyyah karangan Imam At-Tirmidzhi

Friday, July 29, 2011

..:Ahlan wasahlan ya Ramadhan Al-Mubarak:..

Seorang penyair berkata :

لا تجعل رمضان شهر فكاهة
تلهيك فيه من الحديث فنونه
واعلم بأنك لا تنال ثوابه
حتى تكون تصومه وتقومه


Janganlah engkau jadikan Ramadhan bulan gelak tawa
Serta bermacam obrolan yang dapat melalaikan darinya
Ketahuilah, engkau tidak akan mendapatkan pahalanya
Hingga menghidupkannya dengan shalat (malam) dan puasa


(Jadzwah al-Iqtibas : 1/57, dengan perantaraan majalah Adz-Dzakhirah edisi 53/1430 H).


Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam berkata kepada para sahabat : "Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati (mubarak), Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa padanya. Dalam bulan ini pintu syurga dibuka dan ditutup pintu neraka serta diikat syaitan-syaitan. Padanya juga ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa yang diharamkan kebaikannya maka dia telah diharamkan kebaikan seluruhnya." (Diriwayatkan oleh Ahmad)

Diriwayatkan oleh Bukhari, no. 1899. Muslim, no. 1079, dari Abu Hurairah radhiallahu ’anhu,  sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ ، وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ
“Apabila bulan Ramadan tiba, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu ditutup dan setan-setan dibelenggu”. 


Ummul mukminin Siti Aisyah r.a beliau berkata:
“Sesungguhnya Rasulullah pada suatu malam shalat di masjid lalu para shahabat mengikuti shalat beliau, kemudian pada malam berikutnya (malam kedua) beliau shalat maka manusia semakin banyak (yang mengikuti shalat Nabi n), kemudian mereka berkumpul pada malam ketiga atau malam keempat. Maka Rasulullah tidak keluar pada mereka, lalu ketika pagi harinya beliau n bersabda: ‘Sungguh aku telah melihat apa yang telah kalian lakukan, dan tidaklah ada yang mencegahku keluar kepada kalian kecuali sesungguhnya aku khawatir akan diwajibkan pada kalian,’ dan (peristiwa) itu terjadi di bulan Ramadhan.” (Muttafaqun ‘alaih)
Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.
(Hadis menurut Sahih Muslim)



Wednesday, July 27, 2011

Black Device??

entry kali ni berkenaan dgn black device iaitu  satu alat yg dpt merekod kesemua aktiviti keyboard.
maknanye setiap ap yg korg taip diatas keyboard, alat ni akn detect sekaligus merekod. hoho..

what a good technology right, its only good if the user use it on the right way, but can u imagine if they abuse them?? hoho.. scary beb.. no. i/d, password, hatta no akaun anda dpt dicuri rekod.. peringatan ni buat mereka yg suke buat perniagaan internet dan beli online.. alat ni biasenye diletak di tmpat public.. spt cyber cafe, hotel, yg pasti x kn dijumpai di laptop peribadi korg..huhu.. so, mulai dari saat anda mmbaca entry ini, be careful and always be careful.. nak tgok ke wajah kacak Black device ni?? ni aku ade upload utk korg tgok..

ni la wajah 'kacak' black device yg suke mengintip tu..love ya..

ini sebab kenapa mama kene kawinkan saya..

Nak kaya? Kena kahwin!

Di dalam memilih imam bagi sembahyang berjemaah. Jika terdapat 2 orang lelaki yang mempunyai kepandaian yang sama, sama ada dari segi bacaannya, tajwidnya mahupun ilmunya. Maka, adalah lebih afdal untuk memilih lelaki yang sudah berkahwin.
Salah satu sebabnya adalah kerana , jiwa & hati orang yang sudah berkahwin adalah lebih tenang dan tenteram berbanding orang yang belum berkahwin. Oleh itu, sembahyangnya akan lebih khusyu’. Bagaimana perasan tenteram itu? Saya tidak pandai nak jelaskan bagaimana.. hanya orang2 yang dah kahwin je yang dapat merasakan perasaan itu. Tapi seriously.. paling cepat, perasaan tenteram itu akan hadir kedalam diri anda dan anda dapat merasakannya sebaik sahaja anda melafazkan akad “kabul” majlis pernikahan anda…. dan paling-paling lewat… anda akan merasakan jiwa anda tenteram, apabila anda menutup lampu di bilik tidur pengantin selesai mengerjakan solat maghrib berjemaah dengan suami/isteri anda…
Selain daripada sunnah nabi, perkahwinan juga banyak mempengaruhi seseorang di dalam menentukan fokus serta matlamat di dalam kehidupan mereka.
Saya beri contoh mudah…
Sewaktu di alam persekolahan… matlamat “UTAMA” kita biasanya adalah.. mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan..
Sewaktu di peringkat universiti.. matlamat “UTAMA” kita pula ialah ingin mendapatkan “four flat”/keputusan cemerlang…. yer.. yer.. saya tahu , pada waktu ini, memang ada banyak lagi benda2 lain yang turut menjadi matalamat anda… seperti.. nak kereta viva, nak awek/balak loaded (macam saifulsham.. ho! ho! ho!), nak itu.. nak ini… dan bermacam-macam lagi perkara yang ingin dikecapi… tetapi antara kesemua matlamat itu, satu matlamat yang paling-paling “UTAMA” untuk anda capai ialah.. keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Matlamat-matlamat lain tu… hanya matlamat sampingan saje… kalau dapat! alhamdulilah.. kalau tak dapat pun.. masih ok je… takderlah sampai nak frust menonggeng…
Begitu juga selepas tamat belajar… matlamat UTAMA anda sekarang ialah.. nak mendapatkan pekerjaan!.. jarang yang menetapkan matlamat untuk kahwin ataupun ingin menjadi jutawan pada waktu ini…. kalau ada niat nak kahwin pun.. ia adalah matlamat no 2.. … matlamat no 1 pada waktu ini, ialah… mendapatkan pekerjaan dulu! atau sekurang-kurangnya.. membuat sesuatu yang mampu memberikan pendapatan yang stabil setiap bulan… Jadi.. matalamat no 1 pada waktu ini.. dapatkan pekerjaan/pendapatan tetap.
Selepas dah dapat pekerjaan… barulah fikir nak kahwin pula.. so.. matlamat UTAMA anda kini, ialah.. Nak Kahwin!!.. Matlamat nak jadi jutawan? Mungkin ada… tapi itu matlamat no 2… matlamat no 1 kini.. nak kahwin!!!..
Saya faham.. tidak semua orang mempunyai matalamat ini sebaik sahaja mendapat pekerjaan… ada sesetengahnya, mempunyai matlamat lain, ada yang matlamatnya ingin membantu keluarga terlebih dahulu, membantu ibu-bapa menyara perbelanjaan persekolahan adik-adik, membantu keluarga mendapatkan tempat tinggal yang selesa dan sebagainya. Lepas dah selesai semua tanggungjawap tersebut, barulah fikir pasal kahwin…
Pada tahap ini, saya gemar menggunapakaikan hirarki keperluan manusia daripada abraham maslow….
abraham maslow
Mengikut teori abraham maslow mengenai hirarki keperluan manusia, antara perkara asas yang diperlukan oleh manusia ialah, udara, makanan, minuman, tempat tinggal, tidur dan sex…. selagi keperluan -keperluan asas ini tidak dipenuhi.. maka, manusia tidak akan fikirkan benda-benda lain seperti nak kahwin, nak jadi jutawan, nak kelihatan cantik, nak mendapat gelaran dato dan sebagainya…
Macam brader yang jual burger kat simpang jalan tu selalu cakap…. “Makan & minum sendiri pun tak cukup.. ada hati nak kahwin? Piirrah mabuk… wei!, hutang burger aku nie biler nak bayar? “…
Kalau ko nak kahwin sangat.. aku cadangkan ko kahwin ngan jane janda tu… dia tu banyak duit woo!” ujar brader jual burger itu lagi sambil memecahkan telur ke dalam kuali..

(Nama “jane” di dalam IC adalah “jenab”… ho! ho!.. saya dah mula merepek..)
Jika seseorang itu dari keluarga yang berkemampuan dimana, makan,minum & tempat tinggalnya sudah disediakan dengan selesa oleh ibu bapanya, maka… matlamat hidup mereka akan pergi ke keperluan asas yang seterusnya.. iaitu “sex”. ho! ho! ho!.. dan memandangkan agama islam melarang umatnya melakukan sex secara “bersepah-sepah”… maka sebuah institusi keluarga perlulah di bina untuk memenuhi keperluan asas yang satu ini. Yang menariknya, apabila institusi ini berjaya dibina.. ia bukan sahaja akan melengkapkan level pertama di dalam teori maslow, malah.. akan terus melengkapi sehingga level ke -3 (iaitu mendapatkan perasan saling cinta-mencintai sesama manusia).. wah! bukankah islam itu sesuatu yang indah?
Tetapi.. berbeza dengan individu yang berasal dari keluarga yang sedikit kurang berkemampuan, dimana makan & minumnya satu kali sehari… maka, matlamat hidup utama mereka adalah mendapatkan makan & minum yang mencukupi terlebih dahulu. Setelah makan & minum mencukupi (2-3 kali sehari), maka.. barulah mereka akan berusaha untuk memenuhi keperluan tempat tinggal mereka agar menjadi lebih selesa. Lepas dah ok semua… barulah fikir nak kahwin pula.
Pendek kata… manusia ini sememangnya mempunyai matlamat serta fokus yang berbeza-beza, ianya bergantung kepada keperluan-keperluan serta tahap kepuasan yang ingin dicapai serta berperingkat-peringkat.
Didalam teori maslow, keinginan untuk menjadi “jutawan” terletak pada peringkat yang ke-4. Dimana, keinginan (motivasi) seseorang untuk menjadi jutawan biasanya wujud selepas peringkat-peringkat dibawahnya selesai, iaitu dimana, keperluan-keperluan seperti, makan, minum, tempat tinggal, sex, keselamatan diri, kestabilan diri serta institusi rumahtangga (yang akan memenuhi semua keperluan pada peringkat ke-3 iaitu keluarga, cinta, kasih sayang, perhubungan, anak dan sebagainya..) dipenuhi terlebih dahulu…
Kesimpulannya… jika anda bercita-cita ingin menjadi jutawan… anda kena kahwin dulu!.. ho! ho! ho!…
Kalau tak kahwin.. tak boleh jadi jutawan ke?
Boleh! Tapi.. perjalanan anda akan sedikit sukar.. kerana matlamat & fokus anda akan sering/mudah terpesong kepada perkara-perkara lain yang lebih utama seperti.. nak lulus periksa, nak cari kerja, nak kahwin, nak rasa dicintai dan sebagainya.
Kan dah cakap kat atas tadi… orang yang tak kahwin lagi nie.. jiwa mereka tak tenteram!… ho! ho! ho!
Adios!….

share from:
http://www.mohdsuhaimy.com/2007/06/05/nak-kaya-kena-kahwin/

Monday, July 25, 2011

Ramadhan buat ummat...


Dibelenggu amanah yang x tertanggung...

salam.. entry aku kali ini brkenaan amanah..
setiap org ada beban amanah.. sebesar2 amanah ialah pemerintah sehingga sekecil2 amanah yakni terhadap diri sendiri..

pernah dengar soalan berikut?
"apa yang paling DEKAT "......"Apa yang paling jauh ...."apa yang paling BESAR "....apa yang paling berat didunia ini? 
- aku hanya ingin mnjelaskan soalan terakhir shj, keempat2 ini adlh soalan yg diajukan oleh Imam Ghazali Rahimahullah kpd anak muridnya. berkenaan dengan soalan terakhir itu Imam Ghazali menjawab 'MEMEGANG AMANAH' sebagai benda yang paling berat di dunia.. Renungi hadith junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W :
__________________________________________________________________________________
Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberika kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Jawatan kepimpinan itu pada permulaannya merupakan penyesalan, pada pertengahannya kesengsaraan dan pada akhirnya azab pada hari kiamat”- H.R. Tobrani
__________________________________________________________________________________

 akhir2 ini aku sering dibelenggu dgn benda paling berat ni.. tobat mmg berat amanah ini.. ketika aku cuba mngelak drpd memikulnya semakin datang ia kpdku dlm keadaan aku x dpt nk tolak kpd sesiapa.. "Ya Allah, ampunkanlah diri ini..jauhkanlah aku dari larangan kekasihMu.. jauhkanlah aku dari cintakan pangkat dan nama.."
tidak salah berpangkat besar, ttp mnjadi kesalahan jika bukan ahlinya (tidak layak) dan ada sifat cintakan pangkat. Moga dipermudahkan bg kita semua untuk beramal dgnnya.. amiin ya Rabb..

Sunday, July 24, 2011

Alamak..... berdarah la pulak...

            pd mggu lps (18 july 2011) di suatu mlm (11.15pm).. sesuatu yg mngejutkn brlaku pd diri aku..
apbila salur air kecil ku brdarah ketika buang air kecil.. last drop ttibe kaler merah.. dan memedih..
aku menelefon mama dan mnceritakan prkara trsebut dan disarannya agr aku brtemu doktor
keesokan hari.. spt yg disarankan mama, aku ke klinik dan hasil drpd kajian urine aku ialah ianya kotor, ade drh, dan habuk2 batu karang.. fuhh..spt yg dijgka.. patutla brdarah.. mst effect drpd habuk batu karang tu..

doktor kata ianya belum trbntuk mnjd besar lg, ttp jika tdk dirawat awal kmgkinan akn jd besar.. so, skrg ni dktor sarankn aku minu air bnyk2 spy dpt flush semua habuk2 trsebut..dan jgn tahan kncing.. x dinafikan aku mmg ske thn kncing sbb aku x selesa buang air kt luar slain drpd rumah.. biasanya buang air pg lps subuh then g kuliah smpai ptg, balik tu baru time mndi barula buang air plak.. tu yg jd truk tu.. mmm.. sahabat2 yg ade tabiat mcm aku ni diingatkan agar ubah jadual 'buang air' supaya lebih kerap lg demi kesihatan diri.. ingat sebelum terlmbt.. he3.. klu x mo rase kepahitan ubat diatas, ingt nasihat ini... 8 gelas air setiap hari, DAN jgn thn kncing.. =)
botol: ubat lawas kencing;
dari kiri: antibiotik (wajib habiskan), ubat batu karang (bntuk sebiji mcm coklat 'mm'), ubat tahan sakit


air masak adalah antara minuman trbaik dlm ilmu kesihatan selain drpd mncuci darah ianya juga dpt mnjga kesihatan buah pinggang. namun syg, ianya selalu dipinggirkn apabila mkn di kedai2.
utk pengetahuan lebih detail, jgn segan2 utk tekan link dibwh ye:
http://buahpinggangsihat.com/tip-petua/air-kencing-anda-berdarahwajib-baca-ini/

Friday, July 22, 2011

hasil sentuhan fikusim..

Mabruk ya sohabi..
x sgka enta da improve sebegini hebat... salute springg!!
i/Allah klu ade masa nt ana pg menuntut ilmu photoshop ngn enta pasal drawing n colouring ni.


pertanyaan

di suatu petang pd hari jumaat.. satu prtanyaan diajukan kpd sahabatku.....

" blog ni digunakan untuk ap ye?"

"trpulang.."

"enta guna utk ap?"

"ana lebih ske kpd prbncangan ilmiah.. mcm hadith dan fiqh.. tp ana x mampu ag.."

"....(i lost my word, his answer 'killing' me)"


Thursday, July 21, 2011

Cuti semester yang sibuk

skrg ni aku kt kampus dikala sahabat2 sekuliah aku yg lain sdg menikmati cuti mereka bersama keluarga tersayang di rumah masing2. ohh..teringat pula masakan mama kt umah..


di kampus sekarang sedang berlangsungnya perkampungan gerak kerja Karnival Siswa 2011 (KARSIS'11).. aku ditaklifkan sbg ketua unit sponsorship dgn target penajaan luar sbnyk 4 angka.. adei.. mane nak dapat ni..
bkn ape, skrg bulan julai maknanya tlh melepasi separuh tahun pertama.. x bnyk duit peruntukan yg masih tggl di mana2 company.. so, agak sukar sdkt.. *korg kaya x? nk duit sikit.. hehehe

hati ni bimbang target 4 angka yang ditetapkan tu x tercapai matlamatnya..lebih2 lagi aku zero dalam unit penajaan ni..

Ya Allah, permudahkanlah.. amiin..

Wayang


semalam pegi Alamanda tgok wayang> Harry Potter -Deathly Hallows Part 2 3D..
first time msuk wayng 3D.. best gak la.. tp kalu gambar tu berpusing sure otak korg pun akn spin sama..hahaha.. pening kot...

komen citer ni, bg aku citer ni best ending la..bnyk jenis sihir yg dorg tunjukkan.. antaranya ketika Prof. Gonagall order pengawal batu utk jaga sempadan Hogwart dari tentera Dark Lord. dan yg paling bestnye time para professor gunakan jampi utk buat benteng yg mengelilingi Hogwart, benteng pecah setelah beribu pengikut Dark Lord menyerang benteng..

but. as always. yg baik selalunya menang. Harry patahkan Elder's Wand (The most powerful wand) setelah mengalahkan Voldemort. dan hidup bahagia bersama Ginny dan anaknya Albus Severus Potter..

*kwn aku kata background sound time voldemort mati tu x gempak menyebabkan citer tu kurang gempak.. nmpk kekecewaan di wajahnya..(yeke?)

memahami??

hmm.. masih teringat lagi ditegur rakan kerana agak rapat dgn wanita...

sahabat, bukan begitu.. jika dikatakan adanya batasan pergaulan antara lelaki dan wanita, ye, aku setuju 100%.. tp ap mslhnye dgn pergaulan aku dgn wanita.. setahu aku, aku masih lagi mnjaga batasan.. x mengapa, aku berterima kasih kpd korg krn menegur..itu adlh peranan sahabat..

sahabat, sebenarnya aku ade reason aku sendiri dlm stiap tndakan aku... walaupun kadang2 ianya langsung x mncerminkan diri aku yg sebenar.. so, hopefully korg sume dptlh berhusnul dzon dgn stiap tndakan aku slagi xmlggr syariat...

ingat sahabat, x ada dunia yang mana lelaki dan wanita hidup berasingan..bila kata x ada keadaan sedemikian rupa maka, nak x nk, kita perlu bekerjasama antara lelaki dan wanita..

~aku.berkawan.dengan.semua~

Bahagia

seronok membaca blog rakan2..
seolah2 dapat mmbygkan ekspresi muka dorg ketika menaip..

blog aku ni x de la menarik sgt..sbb aku kurg mahir dlm menyampaikan maklumat
apatah lagi nak tunjukkan mggmbrkn ekspresi wajah dlm tulisan.. fuhh..!!
its killing me..


S.A.H.A.B.A.T

Ramai yang membicarakan tentang SAHABAT. x salah sekiranya aku mengatakan bahawa setiap manusia perlukan sahabat berbanding kawan. Sejak kecil aku x pernah rapat dengan mana2 kawan untuk dijadikan sahabat, bukan kerana x menerima sahabat tetapi masih mencari siapakah yg benar2 boleh menjadi sahabat kepada diri ini..

Kini, baru aku mengambil erti kata2 mama supaya memilih dalam berkawan. Dewasa ini, sudah pelbagai ragam dan perangai kawan yg aku jumpa dan aku kenali. Ada yg sesuai dgn perangai aku , ada yg sebiji dgn perangai aku, dan apatah lagi yg berbeza 100%, berlambak. Dan mungkin sejak aku menjejakkan kaki ke IPTA ni menyebabkan aku desperate sgt untuk segera mncari sahabat..adela bbrp kwn yg boleh dijadikan tempat berkongsi rasa dan rahsia, namun masih aku tdk berani utk mnceritakan segala masalah dan rahsia kerana bbrpa faktor yg ada pada kwn trsebut. so, gerakan mncari sahabat masih perlu aku jalankan..hahaha *tertekan.

kadang2 terfikir juga, layakkah aku utk mmpunyai sahabat yg baik. tapi setakat ni aku masih lagi mncuba utk mnjadi seorg sahabat yg baik kpd kawan2.. dan jika ad kelemahan, mohon maaf krn aku seorang manusia yg ada kelemahan dan kelebihan. fuuhh.. *sentimental gilerr..(i dont like it..hahaha)

sebenarnya, dlm bnyk2 waktu aku lebih selesa untuk bergerak seorang diri.. mgkin inilah faktor yg mmbuatkn aku x mmpunyai ramai sahabat. tp apa boleh buat, dah jd habit..hoho..

mmm.. k lah, setakat ni sajalah aku brkongsikn pandangan aku tentang SAHABAT.
wslm.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...