Wednesday, July 27, 2011

ini sebab kenapa mama kene kawinkan saya..

Nak kaya? Kena kahwin!

Di dalam memilih imam bagi sembahyang berjemaah. Jika terdapat 2 orang lelaki yang mempunyai kepandaian yang sama, sama ada dari segi bacaannya, tajwidnya mahupun ilmunya. Maka, adalah lebih afdal untuk memilih lelaki yang sudah berkahwin.
Salah satu sebabnya adalah kerana , jiwa & hati orang yang sudah berkahwin adalah lebih tenang dan tenteram berbanding orang yang belum berkahwin. Oleh itu, sembahyangnya akan lebih khusyu’. Bagaimana perasan tenteram itu? Saya tidak pandai nak jelaskan bagaimana.. hanya orang2 yang dah kahwin je yang dapat merasakan perasaan itu. Tapi seriously.. paling cepat, perasaan tenteram itu akan hadir kedalam diri anda dan anda dapat merasakannya sebaik sahaja anda melafazkan akad “kabul” majlis pernikahan anda…. dan paling-paling lewat… anda akan merasakan jiwa anda tenteram, apabila anda menutup lampu di bilik tidur pengantin selesai mengerjakan solat maghrib berjemaah dengan suami/isteri anda…
Selain daripada sunnah nabi, perkahwinan juga banyak mempengaruhi seseorang di dalam menentukan fokus serta matlamat di dalam kehidupan mereka.
Saya beri contoh mudah…
Sewaktu di alam persekolahan… matlamat “UTAMA” kita biasanya adalah.. mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan..
Sewaktu di peringkat universiti.. matlamat “UTAMA” kita pula ialah ingin mendapatkan “four flat”/keputusan cemerlang…. yer.. yer.. saya tahu , pada waktu ini, memang ada banyak lagi benda2 lain yang turut menjadi matalamat anda… seperti.. nak kereta viva, nak awek/balak loaded (macam saifulsham.. ho! ho! ho!), nak itu.. nak ini… dan bermacam-macam lagi perkara yang ingin dikecapi… tetapi antara kesemua matlamat itu, satu matlamat yang paling-paling “UTAMA” untuk anda capai ialah.. keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Matlamat-matlamat lain tu… hanya matlamat sampingan saje… kalau dapat! alhamdulilah.. kalau tak dapat pun.. masih ok je… takderlah sampai nak frust menonggeng…
Begitu juga selepas tamat belajar… matlamat UTAMA anda sekarang ialah.. nak mendapatkan pekerjaan!.. jarang yang menetapkan matlamat untuk kahwin ataupun ingin menjadi jutawan pada waktu ini…. kalau ada niat nak kahwin pun.. ia adalah matlamat no 2.. … matlamat no 1 pada waktu ini, ialah… mendapatkan pekerjaan dulu! atau sekurang-kurangnya.. membuat sesuatu yang mampu memberikan pendapatan yang stabil setiap bulan… Jadi.. matalamat no 1 pada waktu ini.. dapatkan pekerjaan/pendapatan tetap.
Selepas dah dapat pekerjaan… barulah fikir nak kahwin pula.. so.. matlamat UTAMA anda kini, ialah.. Nak Kahwin!!.. Matlamat nak jadi jutawan? Mungkin ada… tapi itu matlamat no 2… matlamat no 1 kini.. nak kahwin!!!..
Saya faham.. tidak semua orang mempunyai matalamat ini sebaik sahaja mendapat pekerjaan… ada sesetengahnya, mempunyai matlamat lain, ada yang matlamatnya ingin membantu keluarga terlebih dahulu, membantu ibu-bapa menyara perbelanjaan persekolahan adik-adik, membantu keluarga mendapatkan tempat tinggal yang selesa dan sebagainya. Lepas dah selesai semua tanggungjawap tersebut, barulah fikir pasal kahwin…
Pada tahap ini, saya gemar menggunapakaikan hirarki keperluan manusia daripada abraham maslow….
abraham maslow
Mengikut teori abraham maslow mengenai hirarki keperluan manusia, antara perkara asas yang diperlukan oleh manusia ialah, udara, makanan, minuman, tempat tinggal, tidur dan sex…. selagi keperluan -keperluan asas ini tidak dipenuhi.. maka, manusia tidak akan fikirkan benda-benda lain seperti nak kahwin, nak jadi jutawan, nak kelihatan cantik, nak mendapat gelaran dato dan sebagainya…
Macam brader yang jual burger kat simpang jalan tu selalu cakap…. “Makan & minum sendiri pun tak cukup.. ada hati nak kahwin? Piirrah mabuk… wei!, hutang burger aku nie biler nak bayar? “…
Kalau ko nak kahwin sangat.. aku cadangkan ko kahwin ngan jane janda tu… dia tu banyak duit woo!” ujar brader jual burger itu lagi sambil memecahkan telur ke dalam kuali..

(Nama “jane” di dalam IC adalah “jenab”… ho! ho!.. saya dah mula merepek..)
Jika seseorang itu dari keluarga yang berkemampuan dimana, makan,minum & tempat tinggalnya sudah disediakan dengan selesa oleh ibu bapanya, maka… matlamat hidup mereka akan pergi ke keperluan asas yang seterusnya.. iaitu “sex”. ho! ho! ho!.. dan memandangkan agama islam melarang umatnya melakukan sex secara “bersepah-sepah”… maka sebuah institusi keluarga perlulah di bina untuk memenuhi keperluan asas yang satu ini. Yang menariknya, apabila institusi ini berjaya dibina.. ia bukan sahaja akan melengkapkan level pertama di dalam teori maslow, malah.. akan terus melengkapi sehingga level ke -3 (iaitu mendapatkan perasan saling cinta-mencintai sesama manusia).. wah! bukankah islam itu sesuatu yang indah?
Tetapi.. berbeza dengan individu yang berasal dari keluarga yang sedikit kurang berkemampuan, dimana makan & minumnya satu kali sehari… maka, matlamat hidup utama mereka adalah mendapatkan makan & minum yang mencukupi terlebih dahulu. Setelah makan & minum mencukupi (2-3 kali sehari), maka.. barulah mereka akan berusaha untuk memenuhi keperluan tempat tinggal mereka agar menjadi lebih selesa. Lepas dah ok semua… barulah fikir nak kahwin pula.
Pendek kata… manusia ini sememangnya mempunyai matlamat serta fokus yang berbeza-beza, ianya bergantung kepada keperluan-keperluan serta tahap kepuasan yang ingin dicapai serta berperingkat-peringkat.
Didalam teori maslow, keinginan untuk menjadi “jutawan” terletak pada peringkat yang ke-4. Dimana, keinginan (motivasi) seseorang untuk menjadi jutawan biasanya wujud selepas peringkat-peringkat dibawahnya selesai, iaitu dimana, keperluan-keperluan seperti, makan, minum, tempat tinggal, sex, keselamatan diri, kestabilan diri serta institusi rumahtangga (yang akan memenuhi semua keperluan pada peringkat ke-3 iaitu keluarga, cinta, kasih sayang, perhubungan, anak dan sebagainya..) dipenuhi terlebih dahulu…
Kesimpulannya… jika anda bercita-cita ingin menjadi jutawan… anda kena kahwin dulu!.. ho! ho! ho!…
Kalau tak kahwin.. tak boleh jadi jutawan ke?
Boleh! Tapi.. perjalanan anda akan sedikit sukar.. kerana matlamat & fokus anda akan sering/mudah terpesong kepada perkara-perkara lain yang lebih utama seperti.. nak lulus periksa, nak cari kerja, nak kahwin, nak rasa dicintai dan sebagainya.
Kan dah cakap kat atas tadi… orang yang tak kahwin lagi nie.. jiwa mereka tak tenteram!… ho! ho! ho!
Adios!….

share from:
http://www.mohdsuhaimy.com/2007/06/05/nak-kaya-kena-kahwin/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...